Monday, September 15, 2008

Hurrican Ike

Taufan Ike mula membadai kawasan pantai berhampiran Houston semalam dan memberi ancaman kepada bandar keempat terbesar di AS itu serta kawasan sepanjang Teluk Mexico.Ike yang kini menjejaskan satu perlima daripada kawasan pengeluaran minyak AS, menghampiri Pulau Galveston dengan kekuatan pada Kategori 2 sekitar pukul 2.10 pagi (3.10 petang ini waktu Malaysia) dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam.

Ia kini dikatakan hanya perlu mencapai tambahan kekuatan satu kilometer sejam lagi untuk berada pada Kategori 3, lapor Pusat Taufan Kebangsaan.

Ike dijangka menjadi taufan terburuk yang pernah melanda Texas dalam tempoh hampir 50 tahun dan merupakan taufan terbesar yang melanda bandar AS sejak Taufan Katrina membadai bandar New Orleans pada akhir 2005.

Ia menyebabkan ombak setinggi enam meter yang menghempas benteng setinggi lima meter yang dibina untuk melindungi Houston daripada bencana ribut atau taufan selepas bandar itu dibadai taufan pada 1900 yang menyaksikan sekurang-kurangnya 8,000 penduduk terbunuh.

Ancaman Ike menyebabkan pihak berkuasa menutup 17 loji pembersih minyak selain menyaksikan sebuah dermaga di Galveston musnah.

Pusat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menjangkakan taufan tersebut boleh menenggelamkan lebih 100,000 dan menyebabkan banjir di kawasan berhampiran pantai sepanjang 160 kilometer itu.

Lebih sejuta penduduk Texas diarahkan berpindah secara mandatori berikutan kebimbangan ancaman Taufan Ike tersebut.

2 comments:

MARY ANNE VAZ said...

Its true that a picture paints a thousand words..good investigative reporting.. your posting has helped me to be more aware of the tragedies happening right now...

hisoul said...

thanx 4 da comment eaglet...we shud b grateful without disaster...