Marah ni adalah satu keadaan di mana kita akan rasa panas di dalam hati terhadap seseorang. Kerana itulah disifatkan marah itu adalah api. Cara untuk memadam api ialah dengan mencurahkan air ke atas api tersebut. Tapi, kalau api tu ada dalam hati, takkanlah kita nak curah air senang-senang je, ye tak?
1. Cepat-cepat ingatkan orang yang sedang marah itu dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.
2. Kalau sedang berdiri, cepat-cepat duduk untuk mengelakkan tangan kita lancang memukul orang atau mencapai barang untuk dibaling. Jarang orang marah dalam keadaan duduk kan?
3. Kalau tak berkesan duduk, suruh je dia baring terus..
4. Ambillah wuduk. Wuduk itu dapat membuang segala kekotoran pada diri kita..
5. Minum air kosong banyak-banyak ketika marah.. Cara ni dapat meredakan marah..
6. Lari daripada melihat muka orang yang nak dimarahi...
Ada pun ingatlah ketika kita marah, muka kita akan nampak hodoh sekali. Almaklumlah, muka kita nampak bengis dan berkerut seribu sewaktu marah..
Cuba bayangkan wajah seseorang yang sentiasa tak lekang dari senyuman.. Sejuk je mata memandang, tak gitu?
Fakta memang menunjukkan orang yang selalu marah cepat tua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment