Thursday, March 26, 2009

Pengalaman PBS yang lalu...

10 March 2009: That was my first time doing SBE alone far away from Miri...

Pertama kali melakukan PBS(SBE) seorang diri merupakan penglaman baru yang tidak mungkin saya lupakan. Pihak sekolah melayan saya dengan baik dan berusaha untuk menyediakan maklumat yang saya inginkan. Apa yang saya perhatikan, dari segi kemudahan/fasiliti, sekolah ini mempunyai kemudahan yang cukup sempurna. Setiap kelas disediakan LCD, makmal sains yang lengkap, dilengkapi dengan bilik kesihatan di mna pelajar2 yang kurang sihat boleh mendapat rawatan di sana. Taman permainan, taman botani/science garden juga ada di sekolah ini. Seems like everything's perfect... Tetapi saya melihat di sebaliknya... Tingkah laku guru2 yang ada di sekolah ini agak kurang menyenangkan hati sesiapa yang memandang.

Sedang saya berjalan2 mengambil foto yang menarik di kawasan sekolah saya melihat pelbagai karenah guru yang tidak sepatutnya menjadi contoh kepada kita bakal guru kelak. Berikut merupakan situasi yang saya lihat berlaku dalam bilik darjah di sekolah tersebut:

SITUASI 1:
Guru mengarahkan murid2 utk melakukan hal masing2 sementara guru tersebut membuka pelbagai lagu rancak melalui handphonenya sambil membaca majalah hiburan. Murid2 berkeliaran sana sini tanpa dihiraukan cikgu tersebut.

SITUASI 2:
Guru berteriak kepada seorang murid perempuan yang lupa menyiapkan kerja rumah. Cikgu tersebut menyebut perkataan 'bodoh' dan beberapa perkataan lain (yang kurang baik) berkali2 ke atas murid tersebut. Murid tersebut menangis dan kelihatan bergegar seluruh badan. Cikgu tersebut langsung tidak mengendahkan keadaan pelajar tersebut.

Situasi ini sangat memeranjatkan saya. Saya langsung tidak menyangka seorang guru yang mempunyai ijazah perguruan melakukan perbuatan yang sedemikian kepada pelajar tahun 2 yang masih kecil dan innocent.

Last day:
Saya ingin menjalankan satu temuramah dengan pemangku ketua tetapi tiba2 muncul sepasang ibu bapa yang masuk ke pejabat dalam keadaan marah dan mendakwa lengan anaknya dicubit sehingga lebam oleh gurunya dan anaknya langsung tidak dapat menggerakkan tangannya. Setelah mereka selesai berbincang, saya difahamkan bahawa cikgu yang telah mencubit lengan murid tersebut mempunyai sejenis penyakit yang saya sendiri pun kurang pasti kewujudannya. Guru tersebut tidak dapat mengawal perasaan marahnya wlupun kesalahan yang dilakukan pelajar adalah kecil. Dalam keadaan marah, dia akan mencubit org yang melakukan kesalahan itu.

Walaupun terdapat guru yang bersikap sedemikian, terdapat juga guru2 yang prihatin dan menjalankan tanggungjawab dengan tekun.

Kesimpulan yang ble saya buat ialah, kelengkapan yang mencukupi di sekolah adalah sama penting dengan sikap guru terhadap murid2 sama ada di dalam kelas atau di luar. Guru harus bersikap tegas dalam kelas tetapi tidak melampau2. Guru juga tidak seharusnya terlalu berlembut dengan pelajar.

Any comment/ suggestion?:)

1 comment:

MARY ANNE VAZ said...

Thank you for this very sensitive write up. You have identified a concern that I also have. teachers must model good behaviour. If teachers are not responsible so many will affected.

Let us make a difference as a team.

First we must model good behaviour ourselves, especially to those who are having a difficult life.

Next, keep this blog active as we can build a stronger team. Every contribution you make will bear fruit.